Friday, May 29, 2009

Shopping to JJ Bukit Indah


Sebelum gi JJ, singgah kat sekolah dulu. Survey tempat untuk Karnival Sukan esoknya.

Aiman suka la sebab boleh jalan-jalan

Suka betul Aiman dapat naik kereta ni. Sebab ada stereng. Tapi, lama-lama dia bosan. Jom kita tengok apa dia buat....
Rasa-rasa dia tolak apa ni????

Tolak, kereta yang dia naik tadi. Tak mau dah naik. Nak tolak pulak.
Bersungguh tolak. Tak mo berenti. Orang sumer nengok je. Dah tau dah... "Ni mesti baru dapat kaki"
Time abi cari kasut, ni la kerja Aiman. Boleh agak tak dia buat apa??? Dia p amik kasut-kasut kat display rack tu, dia masukkan kat dalam kete (masa snap gambo ni, dah keluarkan kasut2 tu. Tinggal 1 je)
Dah bosan kutip kasut (ni kes lama sangat abi pilih kasut), dia nak p main buka tutp suis pulak. Nasib baik ada cermin kat kotak suis tu.
Makan tengahari Aiman. Mushroom soup and garlic bread. Nyum nyum..
Ni nak makan sendiri. Keletung kelatang bunyi garpu dihentak atas pinggan.
Chef Aiman tengah potong pizza. Aduh.. tak senang nak makan.
Ni orang yang teringin sangat nak makan pizza.
Ni pizza yang 'dikerjakan' oleh Aiman. Habis inti atasnya ntah ke mana. Ni kes korek-korek pizza la ni. Last-last, aku jugak yang makan.
Dah penat makan,main, tido la. Ala..hai anakku.
Tido lagak tuan besar (yang kecik)
Turn aku plak shopping. Apa aku pegang tu??
Shopping list la. Ni memang rutin dan budaya kami. Buat list apa yang nak dibeli. Cepat dan berhemat dalam berbelanja. Cik abe aku sokmo ingatkan pasal list ni sebelum nak keluar. Tapi kadang-kadang dia la yang selalu beli benda yang takde dalam list. hahahha...
Gila punya mahal. Limau purut sebiji RM1.20. Aku tanya kat kakak yang timbang-timbang tu, apesal mahal.. Dia senyum aje.. Sendiri mau ingat la..
Ni tengah compare price. Kekadang, jangan tertipu dengan super saver tu.
Ada tak bendasing dalam kicap ni.. Bukan boleh percaya..hehehe..
Inilah hasilnya mengikut list. Sayurpun beli kat hypermarket?? hehehe.Ni kes darurat. Tak sempat nak g pasar. Agak bz sket.


6 comments:

Sarah Ibrahim on June 2, 2009 at 12:33 PM said...

Shopping barangan dapur di Jusco??


Kaya tu....

Eira Edrianna on June 3, 2009 at 12:33 PM said...

pizza apa tu kak gjang??.

miah kata, klau domino xpe..klau yg lg satu tu, sendirik mau ingatla...muahahahahahaha

aifa syireen arifin on June 10, 2009 at 12:44 PM said...

hehe..hensem betul tuan besar (yang kecik) tu.. hehe..

mcm2 peel dia ye kak gjang..

bila nak buat open house sempena umah baru ni??

Farez on June 16, 2009 at 2:25 PM said...

iskh iskh iskh boleh tahan anak sedara mak long yang sorang ni.... agaknya bila deme tiga berjumpa... sapa yang paling kecik ye....mmmmm... aiman kot... hehehe... afiqah nak berjalan dah... mak dia tak larat nak kejar dah...

Ummu aiman on June 17, 2009 at 10:43 AM said...

compom aiman yang paling kecik (w/pun dia paling tue).dan yang pasti, aiman jugak yang paling kiut.. hahahahha

Ummu aiman on June 17, 2009 at 10:44 AM said...

kaya?? kayap ada la...

sayur2 tu terdesak..
brg2 kering memang selalu beli kat hypermarketpun. murah dari kedai runcit apa.
sebula sekali ada la p beli brg dapur..
tak percaya??cuba la..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino