Wednesday, July 29, 2009

Pengalaman yang cukup mencabar


Alhamdulillah, semester ni dapat lagi tawaran untuk menjadi pensyarah sambilan di FPPSM, UTM. Seminggu mengajar 5 jam. Alhamdulillah. Tapi, semester ni aku dapat 1 subjek teras. Subjek Latihan dan Pembangunan. Masa aku g jumpa ketua jabatan 2/3 hari sebelum start kuliah, baru dapat tahu kena ngajar subjek ni. Dah la tu... kena ngajar in English plak.. Akupun, relax lagi la sebab fikir... takpe lah, slide n segala bagai bahan lain dalam english, tapi ngajar la dalam bm. Sekali masa 1st day masuk kelas, student kata ada sorang foreigner. Patutlah aku disuruh ajar in english. Aduh.. Cuak. Tak pernah aku bagi lecture in English. Aku yakin aku boleh, tapi memula tu mesti out. Sebab tak biasa kan... 2nd week, aku dah start bagi lecture ikut silibus. Hahahahha... mati kutu aku. Kekadang tu terbelit lidah nak menyebut perkataan. bab tersasul tu usah kata la... Tapi, student malay n chinese tu pun bukannya paham sangat. kekadang aku nak kena jugak bagi penerangan dalam BM. Ntah la kot2 english aku yang teruk sangat or memang diorang yang tak paham. Suka hati ko la budak....

25 Julai 2009



Tarikh ni merupakan Hari Ulangtahun kelahiran myHubby dan abah Makki.
kena pulak hari Sabtu, aku ada program. Aduh....
Sebenarnya hati memang berbelah bahagi antara nak pergi program atau tak.
Malam 24 Julai tu aku masak la special sikit.
Meraikan besday Hubby la konon. hahahha..
Malam tu aku still tanya hubby, boleh ke aku nak p program esok??
Dia kata pergi la..
Mesti korang terpikir, nape lak sibuk nak tanya bagai..
Program yang aku nak g ni kat luar Johor. So, hubby kena tinggal la di hari lahirnya.. hahah..
sebab tu aku tanya dia. banyak kali aku tanya sebab akupun rasa berat hati nak pergi.
Hari sabtu lepas subuh tu, aku tanya lagi. Betul ke bagi aku pergi ni.. Jawapan yang sama "pergilah, abang izinkan".Akupun kemas2 baju aku n Aiman, then masak sarapan nasi lemak. Sambalnya aku buat lebih supaya suami aku tak payah nak masak lagi t/hari or malam. pagi tu, lepas makan, hubby hantar aku n Aiman kat tol skudai, naik satu kereta ngan adik2 untuk ke tempat program.... Tiara Beach Resort, PD.

Dalam perjalanan tu hubby sms kata macam2 dugaan yang dia dapat hari ni. Takbest best betul birthday tahun ni. aku nak tergelak je... akupun reply la kata "Allah nak tarbiyyah abang supaya jadi lebih cool la tu. Umurpun dah meningkat, kena kurangkan baran". Baik tak ayat aku. hahahahhaha...

Walauapapun, aku tetap sayang suami aku. hahahhaha...

Aiman oh Aiman



Hari ni baru sempat nak update blog setelah sekian lama menyepi.
Alhamdulillah, Aiman juga dah lama baik demamnya.
Mula demam hari Khamis (16 Julai 2009).
Hari Jumaat still demam. Pagi Jumaat tu ummi memang lenjunkan Aiman dengan kain basah. Tak mau Aiman demam lama2. Pertamanya sebab demam pada baby ni kalau tak monitor betul2 boleh membahayakan nyawanya. Keduanya sebab aku penat pasal tak bleh nak tido malam n siang. Kesimpilannya tak cukup tido. hahahah... Masuk tengahhari, demam Aiman dah kebah, syukur alhamdulillah. Tapi, tak berpanjangan sebab kul 4 petang cenggitu suhu badan dia naik balik. Walaupun dia masih bertenaga seperti biasa, tapi risau jugak. Suhu mencecah 38 darjah celcius. bawak pergi klinik, doktor masukkan ubat melalui dubur coz demamtinggi sangat. Alhamdulillah, beransur malam, demam Aimanpun dah berkurang. Esoknya, Sabtu pagi, rasa badan Aiman. Masih ada baki-baki kepanasan tu. Still teruskan bagi dia ubat demam. Aimanpun seperti biasa, seolah-olah takde apa2 yang berlaku atas dirinya walaupun kekadang tu merengek. Masuk Magrib, badan Aiman panas balik. Malahan sangat panas dari sebelumnya. Akupun bincang ngan hubby, then decide bawak Aiman g HSI (tempat aku lahirkan Aiman). Sampai je hospital, terus masuk bahagian emergency. bila cek suhu badan Aiman 40.2 darjah Celcius. Terkejut orang kat situ. Akupun cuak. Dalam kepala sentiasa berdoa moga2 tiada yang buruk berlaku pada Aiman (doa kan senjata org mukmin). Allah yang memberi demam itu, dan hanya dengan kuasa dan izin Allah sahaja demam itu akan ditarik balik. Ubat tu asbab je. Sebagai usaha kita. Dah usaha, baru la tawakkal. Sementara menunggu dipanggil jumpa doktor, Aku n hubby gilir2 pegang Aiman dan basahkan kepala dia. Sentiasa basahkan supaya panas kat kepala cepat turun. Demam yang sangat panas boleh effect otak baby. Na'uzubillah. Bila dipanggil masuk, sekali lagi bacaan suhu badan Aiman diambil. Alhamdulillah, turun. Akupun cerita la dari mula hari dia demam sampai la amik suhu kat luar tadi. So, doc suruh amik darah untuk diuji takut kena denggi since dia demam on off.
Amik darah tu, biasa la.. mesti la menangis. Nangis sebab kena pegang. Aiman memang tak suka dipegang, dipeluk. Mesti dia meronta-ronta. Melihat kejadian kena amik darah tu, teringat masa dia kena kuning dulu. 3 kali jugak kena amik darah rasanya. Masa tu, akupun turut mengalirkan air mata. Tapi tidak untuk kali ni. kehidupan mengajarku menjadi seorang ibu yang lebih tabah. Dah lepas amik darah, kena tunggu result plak. hampir 3 jam kami kat hospital tu,akhirnya dapatla result. bacaan sel darah merah Aiman rendah. menghampiri border line untuk ditahan wad. tapi sebab ada lebih 7 sel, alhamdulillah boleh balik. Just doc suruh monitor n repeat amik darah kat klinik kg melayu pada hari isnin. Oklah, asalkan tak kena tahan. So, hari ahad tu memang habis Aiman 'dikerjakan' ummi. Dipaksa makan ubat oleh abi mengikut timing yang ditetapkan. Akhirnya, alhamdulillah Allah izinkan Aiman untuk baik dari demam hari Ahad tu.
So, hari isnin tu pergi jugak klinik untuk check platelete count setelah dinasihatkan oleh nurse klinik desa sebab badan Aiman naik ruam merah-merah. Hari ahad tu lagi ketara sangat ruam tu. Dah amik darah hari senin tu, Ok lah, bacaannya meningkat walaupun belum memuaskan hati doc. Mungkin sebab masa demam tu dia tak makan, so sel darah baru tak terhasil.
Untuk ruam tu, aku pakaikan Aiman bedak keluaran syarikat Zhulian. Memang untuk baby/kanak-kanak. Botolnya kuning, baunya memang wangi dan aku memang suka. Bedaknya diperbuat menggunakan tepung jagung dan ada beberapa campuran bahan lain. Alhamdulillah, malam pertama try, esoknya nampak kurang. Sampaikan aku bagi bedak tu suruh pengasuh Aiman sapu kat badan n muka dia sumer. Lepas 2 hari pakai, Alhamdulillah,ruam tu dah ilang...

Friday, July 17, 2009

Aiman demam


Semalam masa g amik Aiman, kak Yati tanya "Aiman demam ke??"
Aku cakap la.. "Eh, taklah.. Kepala dia memang panas"

Bila sampai rumah, cium Aiman, a'ah...memang badan dia panas. Demam.
Nampak pun tak bermaya.
Biasanya dia happy go lucky.
Lagi2 kalau nampak abi balik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino