Wednesday, July 29, 2009

25 Julai 2009



Tarikh ni merupakan Hari Ulangtahun kelahiran myHubby dan abah Makki.
kena pulak hari Sabtu, aku ada program. Aduh....
Sebenarnya hati memang berbelah bahagi antara nak pergi program atau tak.
Malam 24 Julai tu aku masak la special sikit.
Meraikan besday Hubby la konon. hahahha..
Malam tu aku still tanya hubby, boleh ke aku nak p program esok??
Dia kata pergi la..
Mesti korang terpikir, nape lak sibuk nak tanya bagai..
Program yang aku nak g ni kat luar Johor. So, hubby kena tinggal la di hari lahirnya.. hahah..
sebab tu aku tanya dia. banyak kali aku tanya sebab akupun rasa berat hati nak pergi.
Hari sabtu lepas subuh tu, aku tanya lagi. Betul ke bagi aku pergi ni.. Jawapan yang sama "pergilah, abang izinkan".Akupun kemas2 baju aku n Aiman, then masak sarapan nasi lemak. Sambalnya aku buat lebih supaya suami aku tak payah nak masak lagi t/hari or malam. pagi tu, lepas makan, hubby hantar aku n Aiman kat tol skudai, naik satu kereta ngan adik2 untuk ke tempat program.... Tiara Beach Resort, PD.

Dalam perjalanan tu hubby sms kata macam2 dugaan yang dia dapat hari ni. Takbest best betul birthday tahun ni. aku nak tergelak je... akupun reply la kata "Allah nak tarbiyyah abang supaya jadi lebih cool la tu. Umurpun dah meningkat, kena kurangkan baran". Baik tak ayat aku. hahahahhaha...

Walauapapun, aku tetap sayang suami aku. hahahhaha...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino