Tuesday, May 19, 2009

Mukhayyam ~Edisi kemas-kemas


Sampai umah, malam tu badan aku dah mula panas. Esoknya demam. Terpaksa lah hubby buat sarapan, suap Aiman makan, sidai baju, dan semuanya lah... termasuk masak tengahari. Tak ingat dah apa yang hubby masak. Akupun tak heran sangat sebab hubby memang dah biasa buat semua benda tu. Kalau aku tak sakitpun, dia memang selalu tolong buat kerja rumah time weekend. Syukur, alhamdulillah. Dianugerahkan seorang suami yang ringan tulang dan sangat memahami.

Siap basuh khemah lagi. Aiman, seperti biasa. Jadi mandor. Kemana sahaja abi pergi, dia ikut. Silap-silap dia lagi sibuk dari abi dia. Ummi tolong snap gambar je. Digagahkan juga untuk bangun. Malas nak layan sangat demam tu. Bangun la kemas sikit-sikit mana yang larat. Kesian jugak tengok suami buat sorang-sorang. Especially bab menguruskan anak. Itulah kekuatan yang Allah anugerahkan buat seorang yang bernama wanita. Kuat dari segi emosinya/spiritual.

Disebabkan abi dah beli khemah, lepas ni agaknya selalu la bleh tido dalam khemah. Pergi pantai ka.. hehehe...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino