Friday, May 29, 2009
PART TIME vs FULL TIME Housewife
Dah lama jugak menulis dalam blog ni.
Nak kata sibuk, sempat jetido siangjoin Aiman.
So,tak sibuk la maknanya tu.
Tapinya, hanya masa-masa tertentu sahaja yang boleh diperuntukan untuk mengadap laptop.
Dan.... masa itu adalah ketika Aiman tidur.
Tapi, masa itu juga lah aku nak buat segala macam benda.
Jemur baju, lipat baju, kemas dapur, masak, update order customer, reply email, update stock barang, dan macam2 lagi.
Bukannya tak boleh buat masa Aiman jaga, tapi, kalau Aiman jaga, benda yang kita boleh buat dalam 10 minit jadi 30 minit.
Namun, itulah lumrah bergelar pengurus rumah sepenuh masa.
Nak munguruskan si pekerja cilik yang sorang ni pun menuntut kesabaran yang tinggi.
Apatah lagi yang anak ramai.
Memang aku tabik spring la kat ibu-ibu pengurus rumah sepenuh masa yang ada anak ramai dan berderet tu.
Bagi ibu-ibu yang part time pengurus rumah (ni bagi yang kerja la), bukan tak kagum, kagum jugak. Tapi bila di fikir-fikirkan, yang FULL TIME ni lagi penat kot. Sebab kerjanya 24 jam. Rasanya stress berhadapan dengan kerenah anak ni tak sama dengan stress kerja kot (mungkin bagi sesetengah kerja). Stress dengan anak2 ni tak usah nak kata la. Dia bukannya paham kita penat ke, sakit kepala, bad mood ke, dia macam itu jugak. Kalau nak nangis, dia nangis aje. Kalau benda yang dia nak dia tak dapat, melalak la dia sambil merajuk minta dipujuk (i really love this moment. Comel sangat Aiman masa ni). Mungkin sebab tu lah pihak pengurusan nurseri sentiasa pening kepala memikirkan masalah nak cari teacher nurseri setiap kali tahun baru. Sebab teacher-teacher ni silih berganti la sokmo. Tak tahan dengan kerenah anak2 kot.
Masa aku mula-mula hantar Aiman masa dia umur 3/4 bulan dulu kat nurseri Iman, akupun terkejut (ni kes 1st time masuk nurseri). Camne la cikgu kat bilik baby yang ada 2 org tu bleh jaga ramai2. Baby ada 4/5 orang, yg 1 tahun ke atas ada dalam 6/7 orang (yang 2 tahun ke atas orang lain jaga). Kita ni yang jaga Aiman sorang pun pening. Dah la si Aiman tu chembeng macam abi (ni abi yg cakap). Kuat nangis betul. Sampai la ni. Kekadang, kesian pulak nak tinggal Aiman lama-lama kat nurseri. Kesian kat Aiman satu, kesian kat cikgu lagi la banyak. Tapi, tula... bila kat tempat kerja, takde la nak stress pasal anak asyik nangis je (hanya orang yang ada anak yang sepesen macam Aiman je yang tau stressnya).
Ntah mana-mana dah aku melalut. Topik ni pernah la aku bualkan masa sesi minum petang ngan cik abe ku tu. Aku tanya dia, "Yang, rasanya la... full time house wife dengan part time house wife, mana lagi mencabar?". Cepat je cik abe ku jawab, "Full time". Bila tanya kenapa, lebih kurang yang aku tulis kat atas tu la jawapannya. So, ni bukan aku sorang yang kata. Cik abe ku pun agree. Akupun memang ler agree sebab aku pernah rasa kedua-dua situasi.
Kalau korang tak setuju, lantak korang la. Aku tulis apa yang aku suka sebab ni blog aku. Aku bebas buat apa yang aku suka. Hahahhaha (Ni ayat brutal a.k.a laser).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hahhaha lawak la kak gjang ni..
Jang "chembeng" tu apa?
Post a Comment