30 April - 2 Mei 2009 Aiman ikut abi dan ummi pergi mukhayyam kat Hutam Lipur Gunung Arong, Mersing. Mula2 ummi dan abi berbelah bagi jugak wether nak pergi atau tak bila memikirkan boleh ke si Aiman tu bawak g mukhayyam. Kang meragam, naya. Lastly, tanya la kat naqibah. So, naqibah kata ok, boleh bawak. Jadinya, takde alasan la tak pergi mukhayyam. hahahah..
So, hari Khamis pagi 30 April, mula la persediaan untuk ke mukhayyam. Pagi tu dalam kul 8.30 ummi tidokan Aiman. Bila dia dah tido, macam lipas kudung ummi buat kerja. Masak sambal kering ikan bilis, sidai baju, kemas rumah. Then, bila Aiman bangun dalam kul 11.30, sibuk melayan Aiman plak. Main-main dengan dia. Bawak dia g dapur teman ummi masak untuk makan tengahhari kami plak. Lepas kami makan dan solat, Aiman dan ummi p shopping kat jusco untuk beli barang2 keperluan nak pergi mukhayyam. Balik dari Jusco, Aimanpun tido. Ummipun cepat2 g rebus ketupat nasi dan telur. Semua ni untuk mukhayyam group usrah ummi. Senang, nanti masa mukhayyam, makan je. tak yah sibuk2 nak masak lagi. Bila dah penat, nak masakpun malas. Tau nak makan je.. hahahha Tu strategi kami. Abi jeles betul part ni. hahhaha.. Ni barang2 abi. Bahan mentah jek. Jenuh la nak masak. Siap ada telur tu..
Petang tu, abi balik kerja, sibuk2 kemas baju dengan Aiman. Ummi plak sediakan makan malam. Nasi goreng je. Senang dan Aimanpun suka. Dalam kul 8mlm kami bertolak ke Hidayah. Kumpul kat sana.
Malam tu taklimat, ice breaking, games dan segala bagai. Kami diberi arahan, Jam 8 pagi berkumpul di Masjid (tak plak namanya) kat Mersing. Pergh... Terbeliak biji mata. Skang jam kul 11.30malam. So, bincang punya bincang, sumer bertolak malam tu gak ke Mersing. Kami konvoi 7 kereta. Ada gak yang g sendiri. Kul 12 malam bertolak, sampai kat mersing jam 3 pagi. Tido kat Masjid Besar Mersing.
Masa sampai tu, Aiman bangun. maklum ler. Kereta dah berhenti. Pastu, decide akhawat tidur kat beranda memandangkan masjid berkunci. So, bawak la perkakasan tidur Aiman. Si Aiman plak macam dah puas tidur. Siap berjalan kesana-kemari lagi.Ummi dah la ngantuk. Tak tidur sepanjang perjalanan temankan abi drive. Si Mus'ab (peserta termuda - 4 bulan) plak meragam. Nangis. Aiman siap berjalan kehulu ke hilir macam guard plak. Sambil bersuara girang. Suka sangat la tu dapat jalan-jalan. Sampaikan akhawat lain pakat dok ketawakan Aiman. Lantak kau la nak. Bila si Mus'ab tido, baru la ummi berusaha tidokan Aiman. Nyamok punya la banyak. Nasib baik ada yang pesan kat ummi suh beli Repellent. So, takdela Aiman kena gigit nyamok. Ummi takbleh nak tido sangat sebab risaukan si Aiman. Takut kena gigit nyamok (punya gusar hati si ibu).
Kul 4.30 pagi yang lain dah pakat2 bangun untuk qiam. Ummipun bangun. Sambil kipas2 Aiman takut panas sambil halau nyamok. Aiman tidur dengan nyenyaknya. Sama la ngan Mus'ab. Then, Solat Subuh. Lepas Subuh, kami bersiap untuk bertolak. Pergi sarapan dulu, then ke masjid yang diarahkan.
Sarapan Nasi dagang. Walaupun ciput jek, tapi best. Ummipun tak berapa lalu nak makan sebab sakit kepala. Mungkin sebab kurang sangat tidurnya. Sejam je kot. So, tak lah menambah.
Sambung versi 2.....

0 comments:
Post a Comment