Really love this song.
To my Husband,
Tak paham-paham ke???
hahhaha..
Gurau senda tu pengikat kasih sayang antara kami.
Happy viewing
To my Husband,
Tak paham-paham ke???
hahhaha..
Gurau senda tu pengikat kasih sayang antara kami.
Happy viewing
Kami pengembara yang sentiasa mencari bekal dalam perjalanan menuju DESTINASI abadi
Sebelum gi JJ, singgah kat sekolah dulu. Survey tempat untuk Karnival Sukan esoknya.
Aiman suka la sebab boleh jalan-jalan.jpg)
Suka betul Aiman dapat naik kereta ni. Sebab ada stereng. Tapi, lama-lama dia bosan. Jom kita tengok apa dia buat....
Rasa-rasa dia tolak apa ni????
Tolak, kereta yang dia naik tadi. Tak mau dah naik. Nak tolak pulak.
Bersungguh tolak. Tak mo berenti. Orang sumer nengok je. Dah tau dah... "Ni mesti baru dapat kaki"
Time abi cari kasut, ni la kerja Aiman. Boleh agak tak dia buat apa??? Dia p amik kasut-kasut kat display rack tu, dia masukkan kat dalam kete (masa snap gambo ni, dah keluarkan kasut2 tu. Tinggal 1 je)
Dah bosan kutip kasut (ni kes lama sangat abi pilih kasut), dia nak p main buka tutp suis pulak. Nasib baik ada cermin kat kotak suis tu.
Makan tengahari Aiman. Mushroom soup and garlic bread. Nyum nyum..
Ni nak makan sendiri. Keletung kelatang bunyi garpu dihentak atas pinggan.
Chef Aiman tengah potong pizza. Aduh.. tak senang nak makan.
Ni orang yang teringin sangat nak makan pizza.
Ni pizza yang 'dikerjakan' oleh Aiman. Habis inti atasnya ntah ke mana. Ni kes korek-korek pizza la ni. Last-last, aku jugak yang makan.
Dah penat makan,main, tido la. Ala..hai anakku.
Tido lagak tuan besar (yang kecik)
Turn aku plak shopping. Apa aku pegang tu??
Shopping list la. Ni memang rutin dan budaya kami. Buat list apa yang nak dibeli. Cepat dan berhemat dalam berbelanja. Cik abe aku sokmo ingatkan pasal list ni sebelum nak keluar. Tapi kadang-kadang dia la yang selalu beli benda yang takde dalam list. hahahha...
Gila punya mahal. Limau purut sebiji RM1.20. Aku tanya kat kakak yang timbang-timbang tu, apesal mahal.. Dia senyum aje.. Sendiri mau ingat la..
Ni tengah compare price. Kekadang, jangan tertipu dengan super saver tu.
Ada tak bendasing dalam kicap ni.. Bukan boleh percaya..hehehe..
Inilah hasilnya mengikut list. Sayurpun beli kat hypermarket?? hehehe.Ni kes darurat. Tak sempat nak g pasar. Agak bz sket.
To My Beloved Husband
Sampai umah, malam tu badan aku dah mula panas. Esoknya demam. Terpaksa lah hubby buat sarapan, suap Aiman makan, sidai baju, dan semuanya lah... termasuk masak tengahari. Tak ingat dah apa yang hubby masak. Akupun tak heran sangat sebab hubby memang dah biasa buat semua benda tu. Kalau aku tak sakitpun, dia memang selalu tolong buat kerja rumah time weekend. Syukur, alhamdulillah. Dianugerahkan seorang suami yang ringan tulang dan sangat memahami.
Kemana sahaja abi pergi, dia ikut. Silap-silap dia lagi sibuk dari abi dia. Ummi tolong snap gambar je. Digagahkan juga untuk bangun. Malas nak layan sangat demam tu. Bangun la kemas sikit-sikit mana yang larat. Kesian jugak tengok suami buat sorang-sorang. Especially bab menguruskan anak. Itulah kekuatan yang Allah anugerahkan buat seorang yang bernama wanita. Kuat dari segi emosinya/spiritual.
Ok, last day dah. Malam tu Aiman tidur dengan lena. Sesekali je terjaga mintak nenen. Ummi tetap tak dapat tidur lena. Dengan sejuknya, hidung tersumbatnya. Sejak dari hari pertama lagi rasa badan tak berapa sihat. macam nak demam gitu. Tapi digagahkan jugak. Alhamdulillah, pagi tu dapat berqiamullail tanpa diganggu tangisan Aiman. Terasa rindu sangat dengan detik itu. Seperti sesuatu yang hilang telah ditemui. Lepas Subuh berjamaah, ada tazkirah. Then bersiap2.. Aiman bangun masa orang tengah Azan. Bangun dengan cerianya. Siap kacau Mus'ab tidur lagi. Bertuah punya abang.
Aiman dan Mus'ab. Sedap betul tido bawah kipas. Kat dalam surau
.jpg)
Join pakcik-pakcik.
Tangan sape lagi besar???
nampak tak kaki saya berbalut?? Abi balut sebab saya suka merayap-rayap. Nanti kena kuman.
Tengok.. atas laluan pun nak duduk. Lantak kau la nak. Let u explore your world.
then kumpul balik. Dah berkumpul semula, kami diarahkan untuk prepare barang2 untuk trekking. Dah tau dah, mesti naik Gunung Arong punya. Fuh.. seronoknya, dah lama tak panjat gunung. Ummipun prepare barang nak naik, dan barang2 untuk tinggalkan Aiman kat base camp. Tinggal kat orang2 yang tak naik gunung. Siap pass Aiman kat makcik raudhah. Seperti biasa, dia nangis la.. Makcik Raudhah bawak dia jauh2 g tengok khemah, dia nangis gak. Akhirnya, abi amik dia. Abi ngan ummipun bincang pasal Aiman. Ingat nak bawak naik je. Tapi bila difikirkan, susahlah. Masih terlalu kecil. So, abipun kata "Ayang tak payah naik lah". Aduh.... sedihnya. Punya la semangat nak naik . Last2 kena duk kat base camp je. Takpelah... demi Aiman.
Cepat-cepat makcik Raudhah ambil Aiman,bukak kasut dia dan bawak pergi dekat pili air. Alirkan air dekat kaki Aiman. Aiman nangis memang tak ingat punya lah. Ummipun cuak. Ambil Aiman dari makcik Raudhah sambil pujuk2 dia. Tak tahu nak buat apa. Kami je yang ada kat situ. Serba tak kena. masuk kereta, pasang air-cond kuat-kuat dan halakan kaki dia kat air-cond tu. dengan harapan sejuk sikit. tak jalan jugak. Dah 15 minit nangis, renjer kat situ tegur dan tanya nape nangis. Pastu, ummipun cakapla yang kaki Aiman melecur. Diapun cakap suh tuang kicap (Petua baru nih...). Kebetulan, ummi memang tergerak nak bawak kicap haritu (tak pernah2 pergi camping aku bawak kicap). Amik kicap, tuang kat kaki Aiman. Dalam 10 minit lepas tu, slow sikit Aiman nangis. Akhirnya, dia tertidur dalam pelukan ummi. Ummi dah cuak. Kang mesti abi marah ummi sebab tak jaga Aiman betul2. Fikir punya fikir, cakap kat renjer tu nak pergi kat tempat diorang, panggil abi dan bawak Aiman pergi klinik.
Kaki Aiman yang melecur.
Dapat makan nipun dah sedap bebeno
.jpg)
Semua ni untuk mukhayyam group usrah ummi. Senang, nanti masa mukhayyam, makan je. tak yah sibuk2 nak masak lagi. Bila dah penat, nak masakpun malas. Tau nak makan je.. hahahha Tu strategi kami. Abi jeles betul part ni. hahhaha..
Ni barang2 abi. Bahan mentah jek. Jenuh la nak masak. Siap ada telur tu..
Sarapan Nasi dagang. Walaupun ciput jek, tapi best. Ummipun tak berapa lalu nak makan sebab sakit kepala. Mungkin sebab kurang sangat tidurnya. Sejam je kot. So, tak lah menambah.
Sambung versi 2.....
Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino