Tuesday, June 30, 2009

Susu oh susu



(ni gambar pinjam kat internet. Stok susu yg rosak tak sebanyak ni)

Semalam (Isnin) kami balik dari kg kat sg merab. Sampai rumah area jam 7 malam.
Sampai rumah, aku pun bukak peti untuk keluarkan ikan untuk dinner. Dalam kepala terpikir just a simple dish. Bukak je peti, "apa bau busuk ni???" Ayam busuk, ikan busuk, memang busuk la bau peti.. Aku pun cakap ler kat hubby. Sekali....... "Ya Allah. Abang tutup main suis". Aduh...... "Susu......" 'Selamat' dah stok EBM ku. Sedihnya rasa terpaksa buang SEMUA stok EBM. Dah la minggu depan dah start mengajar. Bila la nak buat stok lagi. Bukannya senang nak buat stok sekarang since supply susu pun tak menentu. Nampak gaya kena la buat hyperstimulation, minum air halba n air longan. Apa sahaja la yang boleh meningkatkan kuantiti pengeluaran susu.

Sedih memang la sangat sedih. Memang kalau boleh takmau lagi bagi Aiman minum FM selagi mana mampu menyediakan ASI untuk bekalan Aiman di nurseri. Ini dugaan yang Allah nak bagi. Aku terima dan aku pasti akan berusaha. Aku yakin pasti ia mengandungi hikmah yang sangat besar di sebalik ujian ini dan aku rasa aku dah nampak sedikit hikmahnya pada kejadian malam tadi. Pasti ada banyak lagi hikmah yang tersembunyi...

~Usaha tanpa tawakkal itu SOMBONG. Dan tawakkal tanpa usaha itu SIA-SIA~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino