Wednesday, April 15, 2009

Sweet je.. Kelakarpun ye


Nukilan isteri untuk suaminya...

so sweet..


Sebelum kelahiran anak:
Empat bulan lalu, dia melayan aku makan sambil menunggu sakit contraction datang.
Dia sanggup turun naik hospital untuk dapatkan makanan untuk aku. Ketika itu, aku lapar, sangat lapar.
Dia menangis bila aku mula sakit menahan contraction.
Dia tak sanggup melihat aku menderita katanya.
Dia paksa aku menggenggam tangannya sekuatnya untuk menahan sakit.
Dia setuju bila doktor mengesyorkan epidural walau aku menolak semahunya.
Dia yang membisikkan zikrullah ke telinga ketika sakit datang kembali.
Dia yang menangis tersedu bila aku ditolak ke operation room untuk emergency ceasarean.
Dia takut kehilangan aku katanya.
Dia kata pasti nurse-nurse itu merasa dia sangat poyo sebab menangis begitu.
Tapi tidak bagi aku. Dia menyentuh hati ini untuk ke sekian kalinya.


Di hospital selepas kelahiran anak:
Dia ada bila aku buka mata selepas operation dan bertanya tentang anak.
Dia yang mengazankan ke telinga anak.
Dia ada bila aku sakit kesan dipotong.
Dia sabar melayan aku mengambil masa yang lama turun naik katil.
Dia yang memimpin aku pergi dan balik dari bilik air.
Dia yang memandikan aku penuh cermat.
Dia yang menyalinkan pad penuh darah itu.
Dia yang membasuh bersih pad penuh darah lepas satu persatu tanpa rasa geli dan jijik.
Dia yang memakaikan baju untuk aku.
Dia yang sentiasa ada di bilik menemani aku.
Dia yang sanggup berlapar untuk sentiasa menemani aku.
Dia yang cuba menyorok resah pasal bil hospital.
Dia yang sabar mengajar aku untuk berjalan semula.


Di rumah emak semasa dalam pantang:
Dia masih memandikan sampai aku benar-benar kuat untuk berdiri sendiri.
Dia masih membersihkan pad berisi darah sampai aku mampu berbuat sendiri.
Dia masih membantu aku bangun duduk dari katil.
Dia yang mendodoikan anak.
Dia yang sangat sabar melayan karenah anak.
Dia yang berjaga malam untuk menjaga aku dan anak.
Dia yang sanggup tidur di bawah berlapikkan tilam nipis sedang aku selesa di atas katil
Dia yang berjaga malam menyusukan anak bila aku tak mampu melawan sakit.
Dia yang memujuk bila aku bergaduh dengan anak yang tidak pandai menghisap dan buat aku sakit.
Dia yang menukarkan lampin anak di dinihari malam.
Dia yang tidak jijik menukar lampin anak yang penuh tahi.
Dia yang tidak jijik bila tangan sendiri dipenuhi tahi dek pancutan anak.
Dia yang sanggup berjaga lama mensendawakan anak agar tidak muntah.
Dia yang mententeramkan aku bila aku rasa tertekan dengan keadaan.
Dia yang menyokong dan memberi semangat saat aku mula putus asa untuk menyusukan anak.
Dia yang menyapukan minyak angin di seluruh badan aku tika emak sibuk di dapur.
Dia yang tetap membeli tiap keperluan yang aku perlukan walau poket menyusut.
Dia yang mengesat mata ini bila ia mengangis dek jiwa kacau.
Dia yang mencukur botakkan rambut anak.


Di rumah kami selepas pantang:
Dia yang masih lagi setia memandikan anak.
Dia yang masih lagi setia menukarkan lampin anak tiap kali kencing dan berak.
Dia yang membersihkan botol-botol susu anak.
Dia yang membasuh dan menyidai baju anak dan aku.
Dia yang mengangkat semua barang dari kereta masuk ke rumah bila aku belum mampu berbuat begitu.
Dia yang menahan diri di belakang aku tika aku menyusukan anak mengelak aku dari sakit belakang.
Dia yang menopok punggung aku dalam tidurnya, disangkanya menopok anak yang menangis.
Dia yang menidurkan anak bila datang ragamnya.
Dia yang menjaga segala keperluan anak bila aku keletihan.
Dia yang tidak pernah jemu memujuk bila sesekali datang rajuk.
Dia yang mententeramkan aku bila aku sedih mengenang anak di tangan orang nursery.
Dia yang mententeramkan bila aku risau kewangan keluarga.
Dia yang tidak pernah jemu membantu tugas seorang isteri dan ibu.
Dia yang tidak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja seorang isteri.
Dia yang tidak pernah malu melakukan kerja-kerja seorang isteri
Dia yang tidak berasa kekok dan malu memandikan, menukarkan diaper anak di hadapan ahli keluarga dan sahabat.


Aku sangat sayang dia.
Aku sangat cinta dia.
Aku tidak ada pengganti untuknya.
Aku sentiasa jatuh hati padanya.
Aku sentiasa rindu dengannya.
Aku sentiasa mahu manja dengannya.
Aku sentiasa mahu melihat senyum manisnya.
Aku tidak mahu kehilangannya.

Tak terbalas jasa dan budimu.
Tak terbayar titik peluhmu.

Kau suamiku dan aku isteri yang sentiasa mencintaimu.

Terima kasih atas segalanya.

Aku cinta kamu.

owned by;
http://yokoyopoyo.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino