Menghitung hari.... (posted on 12 April 2005)
Assalamu'alaikum wrm wbt....hm.... 18 hari lagi..... sebelum diri menjadi teman kepada seorang hamba Ilahi yang belum benar-benar dikenali. Hasil istikharah menjadi penguat diri. yakin pada petunjuk Ilahi bahawa dialah anugerah Ilahi. Dia yang akan menjadi pemegang kunci syurga buat diri ini.
Redha Allah pada redha suami.
Satu ungkapan yang insyaallah sentiasa tersemat dihati. Ya Rabbi, jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, teman dan sahabat kepada suamiku. Jadikanlah aku isteri yang mendamaikan, yang menyejukkan hati suami. Tidak aku dambakan kecantikan pada mata bukan ajnabi. cukuplah sekadar diri ini menjadi sumber ketenangan dan kedamaian dihati suami dan keluarga.
Wahai Tuhanku... Engkau permudahkanlah bagiku dalam segala urusan di dunia dan akhirat. berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanmu. Engkau permudahkanlah Ya Allah urusan perkahwinan kami dan engkau jauhkanlah perkahwinan kami dari maksiat dan perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran.
Sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Pemberi. Ameen...
0 comments:
Post a Comment