Thursday, April 23, 2009

Y Me?



KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.- Surah Al-Baqarah ayat 216



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.- Surah
Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah
supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). - Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka…..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

……dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, April 21, 2009

Cerek, Vacum dan Aiman



Pelik je tajuknya kan???
kenapa ye???
Ada sesuatu nak di share.

Satu hari tu, kami rasa pelik kenapa Aiman tiba-tiba menangis kat pintu dapur. Masa tu, memang tak dapat kesan, apa penyebabnya.
Then, esoknya, kejadian yang sama berulang.
Kami perhatikan si Aiman. Matanya tertumpu kearah cerek.
Rupa-rupanya, dia takut kat cerek tu.
Hahahhahaha..
Lawak betul la anak den tu...
dalam banyak-banyak benda, cerek tu yang ditakutnya.

So, kami buat andaian, mungkin masa cerek tu tengah berfungsi, dia ada kat situ. So dia terkejut dengar bunyi air menggelegak kot. So, lepas pada tu, kalau dia nakke dapur, mesti dia pandang kat tempat cerek tu terletak. Kalau dia nampak, mesti dia nangis. Hahhaha...

Sama la perilahnya dengan vacum...
Nampak je abi bawak keluar vacum, terus nangis.
Then, bila dia duduk atas ummi masa abi tengah vacum, matanya tak beralih dari vacum.
Takut kot...

Lawak betul la...

Kena cucuk tak nangis. Tapi bila nampak cerek or vacum, nangis...

Mengapa Menyepi????


Hehehe... tak sangka. Ada jugak yang ternanti-nanti untuk membaca coretan kat sini. Sampaikan ada yang bertanya, "Mengapa Menyepi tanpa tulisan???"..

Alkisahnya, setelah Hubby bertungkus lumus memerah keringat membuat bangku (yang di post kat tajuk HARI YANG PRODUKTIF tu, dia demam. Demam urat kot. Lagipun, seingatnya la, dah lama jugak dia tak kena demam. So, kalau orang lelaki ni sakit, macam budak-budak rasanya. Macam sakit sangat yang tak tertahan. Sampai kita ni sebagai isteri, tak bleh nak tido malam jadinya. Memang hari hubby demam tu, doa banyak-banyak supaya Aiman tak meragam. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Malam tu Aiman tak banyak kali bangun malam. So,bleh la duk tuam kepala, picit-picit badan org demam. Berdasarkan pengalaman setelah kira-kira 4 tahun kawen ni, bila suami kita sakit dan kita layan dia macam putera raja, cepat aje baik demamnya. hehehehe... Alhamdulillah, esoknya demam hubby dah kebah.

Pastu, hari sabtu tu jugak sibuk dengan persediaan untuk Hari Keluarga JIMJB. Goodies untuk budak2 lum siap. Kena g kedai p beli barang-barang tambahan.

Hari ahad tu pulak, kul 3 baru sampai rumah. Dari pagi kat Hutan Bandar. Penat la jugak. Malam tu, sakit kepala dan rasa badan tak sedap jek.. Alih-alih diri sendiri yang demam. Berjangkit kot. Tapi, biasa la.. Bila pompuan demam, macam tak demam. Tapi tang sakit kepala memang tak tahan. so hari senin @ semalam, memang flat. Baring je sambil layan Aiman. Tak buat koje sangat. Mujur ada kakak yang bleh tolong masakkan. So, hari ni dah ok. Alhamdulillah.

Friday, April 17, 2009

Hari yang produktif



Semalam, hari Khamis = 17 April 2009 adalah hari yang dikira sangat produktif buat kami sekeluarga. Hari yang boleh dikatakan sangat penat baik buat Abi, Ummi, Acik mahupun Aiman.

Dari pagi sampai kul 3.30ptg, ummi dan acik melayan kerenah Aiman yang galak bermaian. Kalau kita tak layan dia main, dia datang n kacau kita. Kalau nampak ummi duk kat depan laptop, diapun sibuk masuk bawah meja, main tugasan2 student ummi. Nak ambil cd kat dalam tu utk dimain. Ummipun, apa lagi, pukul tangan Aiman. Tak kesah la dia nangis. bagi ummi, tu satu cara nak ajar dia apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ala.. nangis kejap je si kecik tu. Masa umur camni kami perasan Aiman cepat absorb benda yang dia nampak. Bila kami ajar sesuatupun, cepat je dia dapat buat. Sekarang ni, satu skill baru dia ialah jelir lidah. bukan jelir lidah kat org, tapi suka2 jelir lidah. Kelakarpun ada. Macam badut. Hari ni Aiman tido kejap je waktu pagi. dalam sejam kot (biasa 2 jam setengah). bangun kul 11, pastu makan n terus main. Tu yg letih nak melayan tu.

Tiba tang tengahari, biasa dia akan tido dalam kul 2-3, lepas makan nasi dan salin diapers. Tapi hari ni tak pulak. Takde tanda2 langsung yang dia mengantuk. Aduh.. terbantut segala kerja nak buat. Alih2, kul 3.30 decide nak masuk UTM. g fakulti n bank. So , bawak la Aiman dengan harapan dia akan tido dalam kete. Berkecai harapan bila tande tanda2 gak nak tido sampai la dah balik semula ke rumah.

Petang kul 4.30 tu saje bagi dia nenen bila dah tak larat nak layan dia. masa tengah nenen, tetiba nampak mata dia dah layu... hahahaha... sukanya.. Akhirnya, TEWAS JUGA PEJUANG CILIK itu.... Ummi masukkan dia dalam buai.. Pastu, ummi solat Asar then ajak acik bungkus jajan untuk Hari keluarga JIMJB hari Ahad nanti. Start pukul 5 petang, bungkus, sampai la jam 6.45 petang. Baru siap pack. 111 bungkus semuanya dengan 2 jenis jajan. Lenguh2 pinggang n leher. Tu pun masih ada 1 jenis yang belum di pack. Cadangnya nak pack hari ni (jumaat) masa Aiman tido. Esok dah bz nak buat persiapan lain pulak untuk hari ahad nanti.

Abi aiman balik kul 5.50 petang. masa tu aiman tido. Ummi n acik tengah sibuk2 packing jajan. Diapun stopkan buai aiman dengan harapan anak dia akan bangun. so, dalam 5 minit lepas tu, aimanpun bangun. dia memang suka bila nampak abi dia balik. sengih je... kalau abi dia hilang, mula la nangis. Manja abi la tu konon. Masa ni, ummi pun dah tak laku. Tetiba abi ada projek plak. So, dia dengan anaknya tu duk kat luar. Ntah apa la dibuatnya... Siap je kami bungkus jajan, ummipun keluar untuk tengok apa la yang dibuat 2 beranak tu..

Rupanya ini la yang dibuatnya...



Si Aiman jadi penyelia, abinya jadi buruh kasar. Dalam masa lebih kurang sejam je, terhasil la bangku ni.. Abi buat sorang2.. Terer la suamiku ni. Tak sia-sia bergelar engineer awam.


Siap ada alas lagi.

Malamnya ummi n abi ada meeting pasal hari keluarga. ummi dah mengantuk tahap gaban. Nak bukak mata pun susah. tapi abi paksa jugak p meeting. Balik je meeting, tidokan aiman, dengan ummi sekali tido. Abi mengadap tenet masa ummi n aiman naik atas..

Thursday, April 16, 2009

Senyum



  1. Para saintis mendapati senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Ketika kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  6. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  7. Senyuman yang ceria mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang senyum berbanding orang yang sihat.
  8. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  9. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  10. senyum dari hati, akan jatuh ke hati juga. Rasulullah saw, adalah contoh insan yang senyuman manis tak lekang dari wajahnya dan baginda sentiasa pulang kepada ahli keluarganya dalam keadaan tersenyum manis.

Oleh itu....

senyumlah!

Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran


Petikan : MyJodoh

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang , apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan (segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.

Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “ Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah dan [2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

Wallahu’alam.

[1] http://hadith.al-islam.com ; Sunan Tirmizi : 3305
[2] http://hadith.al-islam.com ; Sahih Bukhari : 7008
[3] http://hadith.al-islam.com; Sahih Bukhari : 5926

Semoga terubat



Wednesday, April 15, 2009

Diari 11 April 2009


Hari ni 1st birthday our baby, AIMAN.
Since dia baru 1 tahun, so tak tau pape la kan.
Jadinya, takde la birthday celebration untuk dia.
Just ummi buatkan birthday cake untuk AIMAN.

Pagi-pagi lepas sarapan, ummi pun prepare la bahan-bahan untuk buat kek coklat (dah lama tak buat). Bukan susahpun resepinya. Cuma 'M' je.

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.


Inilah hasilnya setelah sejam dikukus. Ni belum letak toping lagi ni.

Ha... ni dah letak toping. Siap dihias oleh pembantu lagi. Sape lagi kalau bukan big boss LUQMAN. Dia la yang beli coklat bulat-bulat tu kat kedai belakang rumah. Ok la kan. Buat cantik-cantik kang teruja sangat orang melihatnya. Silap-silap kang dapat order plak. Tu yang malas tu..

Then, masak tengahari. Kiranya hari ni special day la. Aiman punya birthday, tapi ummi dan abi yang makan sedap. Jom kita tengok lauk tengahari. Kitorang jarang makan ada 3 lauk atas meja.biasa 2 lauk je. ni kes tetiba hormon 'R' datang.


Daging masak lemak cili api (tak sempat nak salai), ayam masak tomato dan sayur air.

JOM TENGOK SAPA YANG TAK SABAR NAK MAKAN....

hahahaha.... si kecik birthday boy rupanya.. Siap tak pakai baju nak makan punya pasal.

Dah kenyang makan, si kecik tu tido. Bagun tido lepas Asar baru la dia potong kek..

TANGAN SAPE LA NI.....




O... ini pemilik tangan kecil tu rupanya. Tengok la tu... muka baru bangun tido. Pastu cekau kek. Tak senang duduk Aiman bila nampak ummi turunkan kek letak kat atas meja NEMO dia tu.

Abi suap kek. Besarnya...

Dah habis dah.... Nak lagi...

Selamat UlangTahun Baby



It's Aiman's Birthday (11th April)

Sweet je.. Kelakarpun ye


Nukilan isteri untuk suaminya...

so sweet..


Sebelum kelahiran anak:
Empat bulan lalu, dia melayan aku makan sambil menunggu sakit contraction datang.
Dia sanggup turun naik hospital untuk dapatkan makanan untuk aku. Ketika itu, aku lapar, sangat lapar.
Dia menangis bila aku mula sakit menahan contraction.
Dia tak sanggup melihat aku menderita katanya.
Dia paksa aku menggenggam tangannya sekuatnya untuk menahan sakit.
Dia setuju bila doktor mengesyorkan epidural walau aku menolak semahunya.
Dia yang membisikkan zikrullah ke telinga ketika sakit datang kembali.
Dia yang menangis tersedu bila aku ditolak ke operation room untuk emergency ceasarean.
Dia takut kehilangan aku katanya.
Dia kata pasti nurse-nurse itu merasa dia sangat poyo sebab menangis begitu.
Tapi tidak bagi aku. Dia menyentuh hati ini untuk ke sekian kalinya.


Di hospital selepas kelahiran anak:
Dia ada bila aku buka mata selepas operation dan bertanya tentang anak.
Dia yang mengazankan ke telinga anak.
Dia ada bila aku sakit kesan dipotong.
Dia sabar melayan aku mengambil masa yang lama turun naik katil.
Dia yang memimpin aku pergi dan balik dari bilik air.
Dia yang memandikan aku penuh cermat.
Dia yang menyalinkan pad penuh darah itu.
Dia yang membasuh bersih pad penuh darah lepas satu persatu tanpa rasa geli dan jijik.
Dia yang memakaikan baju untuk aku.
Dia yang sentiasa ada di bilik menemani aku.
Dia yang sanggup berlapar untuk sentiasa menemani aku.
Dia yang cuba menyorok resah pasal bil hospital.
Dia yang sabar mengajar aku untuk berjalan semula.


Di rumah emak semasa dalam pantang:
Dia masih memandikan sampai aku benar-benar kuat untuk berdiri sendiri.
Dia masih membersihkan pad berisi darah sampai aku mampu berbuat sendiri.
Dia masih membantu aku bangun duduk dari katil.
Dia yang mendodoikan anak.
Dia yang sangat sabar melayan karenah anak.
Dia yang berjaga malam untuk menjaga aku dan anak.
Dia yang sanggup tidur di bawah berlapikkan tilam nipis sedang aku selesa di atas katil
Dia yang berjaga malam menyusukan anak bila aku tak mampu melawan sakit.
Dia yang memujuk bila aku bergaduh dengan anak yang tidak pandai menghisap dan buat aku sakit.
Dia yang menukarkan lampin anak di dinihari malam.
Dia yang tidak jijik menukar lampin anak yang penuh tahi.
Dia yang tidak jijik bila tangan sendiri dipenuhi tahi dek pancutan anak.
Dia yang sanggup berjaga lama mensendawakan anak agar tidak muntah.
Dia yang mententeramkan aku bila aku rasa tertekan dengan keadaan.
Dia yang menyokong dan memberi semangat saat aku mula putus asa untuk menyusukan anak.
Dia yang menyapukan minyak angin di seluruh badan aku tika emak sibuk di dapur.
Dia yang tetap membeli tiap keperluan yang aku perlukan walau poket menyusut.
Dia yang mengesat mata ini bila ia mengangis dek jiwa kacau.
Dia yang mencukur botakkan rambut anak.


Di rumah kami selepas pantang:
Dia yang masih lagi setia memandikan anak.
Dia yang masih lagi setia menukarkan lampin anak tiap kali kencing dan berak.
Dia yang membersihkan botol-botol susu anak.
Dia yang membasuh dan menyidai baju anak dan aku.
Dia yang mengangkat semua barang dari kereta masuk ke rumah bila aku belum mampu berbuat begitu.
Dia yang menahan diri di belakang aku tika aku menyusukan anak mengelak aku dari sakit belakang.
Dia yang menopok punggung aku dalam tidurnya, disangkanya menopok anak yang menangis.
Dia yang menidurkan anak bila datang ragamnya.
Dia yang menjaga segala keperluan anak bila aku keletihan.
Dia yang tidak pernah jemu memujuk bila sesekali datang rajuk.
Dia yang mententeramkan aku bila aku sedih mengenang anak di tangan orang nursery.
Dia yang mententeramkan bila aku risau kewangan keluarga.
Dia yang tidak pernah jemu membantu tugas seorang isteri dan ibu.
Dia yang tidak pernah mengeluh melakukan kerja-kerja seorang isteri.
Dia yang tidak pernah malu melakukan kerja-kerja seorang isteri
Dia yang tidak berasa kekok dan malu memandikan, menukarkan diaper anak di hadapan ahli keluarga dan sahabat.


Aku sangat sayang dia.
Aku sangat cinta dia.
Aku tidak ada pengganti untuknya.
Aku sentiasa jatuh hati padanya.
Aku sentiasa rindu dengannya.
Aku sentiasa mahu manja dengannya.
Aku sentiasa mahu melihat senyum manisnya.
Aku tidak mahu kehilangannya.

Tak terbalas jasa dan budimu.
Tak terbayar titik peluhmu.

Kau suamiku dan aku isteri yang sentiasa mencintaimu.

Terima kasih atas segalanya.

Aku cinta kamu.

owned by;
http://yokoyopoyo.blogspot.com/

Untukmu Sayang


Pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia khadijah
tidaklah setakwa aisyah
pun tidak setabah fatimah
justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah

pernikahan atau perkahwinan
mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah, ka pernikahan atau perkahwinan
memu langit penaungnya
isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya




pernikahan atau perkahwinan
menginsafkan kita perlunya iman dan takwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
justeru, kamu akan tersentak daripada alpa
kamu bukanlah Rasulullah S.A.W
pun bukanlah Saidina Ali
suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
...amin...

I Love this entry


Dalam kekalutan dan keserabutan fikiran, terjumpa pulak benda ni..

macam menarik... hm.. memang menarik

__________________________________________________________


Selamat ulangtahun kelahiran buat isteri tercinta.

You remember when we met-
we clicked, just like that.

And ever since then, we’re been finding
more reasons to fall in love all over again.

Like the way we bring our best in each other,
the way we can both grin at the silliest things
and have the same quirky ideas.

Or the way we can talk about anything
and be entertained just by being together.

With you and me, even the ordinary, must-do
parts of life can turn out to be fun.

And on those days when it’s sometimes hard to smile,
we stick together - because that’s what we do.

We’re a team, two souls, one love,
and a history between us
that only gets better and better.

Marrying you was the best decision I ever made
And I’m sure of it, because you make
every part of loving you wonderful.


Nukilan;

abu saif

www.saifulislam.com

Copy dr blog lama (posted on 11 Jan 2007)


Ujian.... Tarbiyyah dari ALLAh….


“semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun, dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan yang hakiki di hati…”

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, “Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

“Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah… ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangi kita…

~ummu_aiman~

“Adakalanya DIA memberi tanpa sempat kita menadah…
kerana DIA mengerti keperluan hamba-NYA…
Kadangkala pula DIA mengambil sebelum sempat kita bersedia…
kerana DIA ingin menguji setiap hamba-NYA….”

Copy dr blog lama


Menghitung hari.... (posted on 12 April 2005)

Assalamu'alaikum wrm wbt....

hm.... 18 hari lagi..... sebelum diri menjadi teman kepada seorang hamba Ilahi yang belum benar-benar dikenali. Hasil istikharah menjadi penguat diri. yakin pada petunjuk Ilahi bahawa dialah anugerah Ilahi. Dia yang akan menjadi pemegang kunci syurga buat diri ini.

Redha Allah pada redha suami.

Satu ungkapan yang insyaallah sentiasa tersemat dihati. Ya Rabbi, jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, teman dan sahabat kepada suamiku. Jadikanlah aku isteri yang mendamaikan, yang menyejukkan hati suami. Tidak aku dambakan kecantikan pada mata bukan ajnabi. cukuplah sekadar diri ini menjadi sumber ketenangan dan kedamaian dihati suami dan keluarga.

Wahai Tuhanku... Engkau permudahkanlah bagiku dalam segala urusan di dunia dan akhirat. berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaanmu. Engkau permudahkanlah Ya Allah urusan perkahwinan kami dan engkau jauhkanlah perkahwinan kami dari maksiat dan perkara-perkara yang membawa kepada kemungkaran.

Sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Pemberi. Ameen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino