Tuesday, February 22, 2011

La Tahzan



Apabila kita di uji dengan pelbagai dugaan dan cubaan yang kadang-kadang datang secara terus-menerus, pasti kita akan mempersoalkan, "KENAPA LA UJIAN INI DATANG TERUS MENERUS", takpun "KENAPA LA AKU DI UJI SEBEGINI", dan macam2 ayat lagi yang akan keluar dari benak fikiran kita.

Seharusnya bila kita didatangi dengan pelbagai ujian, kita harus menerimanya dengan positif serta mengkoreksi semula diri kita serta hubungan kita dengan Allah. Mungkin sebelum ini kita sering berdoa memohon sesuatu dari Allah, namun telah sekian lama kita meninggalkan doa yang penuh khusyuk dan penuh pengharapan itu. Ataupun sebelum ni kita sering mengiringi solat fardhu kita dengan solat-solat sunat, namun disebabkan kesibukan dengan urusan kerja dan sebagainya, kita dah lama tak buat solat-solat sunat. Ataupun sebelum ni kita sering merayu, memohon sarta mengiringi doa kita dengan linangan air mata serta nada penuh pengharapan agar doa kita dimakbulkan Allah, namun dah lama kita tinggalkan detik-detik itu. Hanya berdoa sambil lewa atau sebagai syarat je kata orang. Maka Allah turunkan ujian kepada kita sebab Allah rindu nak dengar rayuan, rintihan serta pengaduan kita. Allah nak kita kembali sentiasa mengingatiNya.

Yang penting, setiap kali di uji, take it from the positive side first. It will make you feel better.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino