Bila anak demam, terutamanya demam dengan suhu yang sangat tinggi, pasti semua ibubapa jadi risau. Sayapun tak terkecuali. Aiman demam dah lama. Katika posting ini dibuat, dah 11 hari dia demam. Tapi tak berterusan, on dan off. Walau apapun, saya memang risau sebab temperature badan dia boleh naik dengan tiba-tiba. Ni ada sedikit panduan yang sangat berguna untuk para ibubapa sekalian. Saya jumpanya di sini. Terima kasih kepada orang yang menulis benda ni..
*********************************************************
Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut.
Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37.
Jika suhu naik sampai 39-40, anda perlu basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun.

Kemudian pergilah berjumpa Doktor dan minta ubat demam. Anda juga perlu standby ubat demam cecair bagi demam biasa, dan ubat demam berbentuk peluru untuk dimasukkan kedalam dubur anak jika suhu badannya terlalu tinggi(emergency), guna ubat ini untuk menurunkan suhu secara pantas.
Antara tanda anak yang demam kuat dan perlu diberi perhatian sungguh2,
1. Kakinya sejuk: Menunjukan demamnya tidak boleh dijangka, ada kemungkinan suhunya akan naik tiba2. Jika kakinya panas menunjukan demamnya stabil dan tidak membimbangkan. Jika kakinya sejuk anda perlu selimutkan dia supaya kakinya kembali panas.
2. Ketar2: Ini menunjukan demamnya kuat dan panas didalam, jauhkan dari kipas, dan bawa dia kebilik suhu normal atau suhu bilik yang agak panas. Dalam masa yg sama lap kepala dan badan anak dengan air jika kulitnya panas. Kalau ada ubat peluru, masukkan melalui duburnya segera.

Salah satu cara untuk menurunkan kepanasan suhu ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan diatas dahi anak, sebaiknya berwudhulah dahulu..letakkan dengan waktu yang lama sehingga panas menyerap kedalam tangan kita, kemudian kita basuh tangan dnegan air, kemudian tetakkan kembali tapak tangan didahi anak, insyallah cepat sembuh. Tu ajalah tips yang saya tahu... itupun melaui pengalaman, bukan dari kajian saintifik.
0 comments:
Post a Comment