Friday, July 22, 2011

Cloth diaper a.k.a Lampin Kain Moden



Anda pernah melihat ini? Ini adalah salah satu jenis cloth diaper a.k.a Lampin kain moden. Ni jenis pocket.

Ok, meh kita mengenali cloth diaper. Cloth diaper ada pelbagai jenis.

(gambar ni dijumpai semasa menggoogle. Tak tau siapa yang buat. Anyway, terima kasih kepada orang yang membuat. Tak yah dah nak type)

Thursday, March 24, 2011

Penghasilan susu...


Selama ni aku duk pk-pk, berapa lama la breast nak penuh balik dengan susu jika dah dikosongkan sama ada melalui baby hisap ataupun pam. Kekadang aku pam sebelah sementara Mukhlis menyusu kat sebelah lagi. Then  2 jam lepas tu, Mukhlis akan bangun untuk menyusu lagi dan aku dapati breast yang aku pump tadi tak penuh dengan susu lagi.. Itu yang menimbulkan persoalan tu. Akhirnya, aku temui jawapannya.... Alhamdulillah.


Thanks a lot to Kak Hayati sebab publish benda nih.. Aku copy n paste dari blog kak hayati.

How Milk production work?
Disebabkan ku tak tahu nak meroyan apa dah. Meh ku nak kongsi sikit info ini yang aku terjemahkan mengikut suke-suke haku supaya lebih mudah aku faham. Oleh kerana selalunya, orang lebih senang menerima gaya penulisan yang lebih dmostsantai dari yang berbentuk teknikal atau lebih2 lagi kalau dalam bahasa lain..haha!



Penghasilan susu ini dikontrol oleh 2 jenis sistem iaitu Endocrine dan juga autocrine. Penghasilan susu ini terbahagi kepada tiga peringkat. Pada dua peringkat yang pertama iannya dikawal oleh sistem endocrine iaitu secara hormonal. Dan jika semua hormon2 ini cukup, ibu-ibu akan mula membuat colostrum di akhir2 kehamilan lagi sehingga waktu bersalin. Dan endocrine sistem ini akan terus meng-control pengeluaran colustrum ini sepanjang tempoh ni sehingga 30 hingga 40 jam selepas bersalin. Pada ketika ini sistem endocrine ini meng-control sama ibu menyusu kan bayi atau tidak. Ibu akan mula merasa pengeluaran susu ini setelah 2-3 hari selepas bersalin.
Selepas daripada peringkat kedua itu, ianya akan bertukar kepada sistem yang dipanggil autocrine control system. Pada peringkat, hormon tidak lagi memainkan peranan utama lagi, pengeluaran susu di kontrol sepenuh di breast iaitu pengosongan breast yang sentiasa. Samada dengan breastfeeding atau breastpumping. Dimana, breast akan sentiasa menghasil susu jika susu sentiasa dikeluarkan dari breast. Kepantasan breast menghasilkan susu juga adalah bergantung kepada berapa kerap dan cepat susu dikosong dari breast. Lagi banyak susu terdapat dalam breast, lagi lambatlah production susu.
 

*FULL
Breast
=SLOWER
Milk
Production
*EMPTY
Breast
=FASTER
Milk
Production

Kesimpulan, tiada alasan mengapa susu berkurang, jika tidak melibat faktor2 kesihatan yang lain atau pun berkaitan dengan menstruation. Susu berkurang adalah kerana faktor diri kita sendiri, berapakah kita mengosongkan susu didalam breast? Berapa kerap kita mengepam sehari?atau berapa kerap kita menyusukan anak kita sehari? atau jika anak kita menyusu sekalipun adakah anak kita betul2 efisyen mengosong susu didalam breast? Faktor-faktor yang kita selalu anggap remeh ini lah menjadi punya susu mulai berkurangan. Dan setelah berkurang, ditambah lagi dengan faktor STRESS kerana memikirkan susu yang mulai berkurangan. Wallahualam. 

Monday, March 7, 2011

Our New Family Members



Alhamdulillah, pada 27 Februari 2011 jam 4.20 petang saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.18kg di Bilik 15, Dewan Bersalin Hospital Sultan Ismail, JB.

Pada hari ke-7, abinya telah memberikannya nama Amir Mukhlis.

*gambar di ambil pada hari ke-7

Mukhlis dan Abang Aiman

Thursday, February 24, 2011

Antara Panduan Bila Anak Demam



Bila anak demam, terutamanya demam dengan suhu yang sangat tinggi, pasti semua ibubapa jadi risau. Sayapun tak terkecuali. Aiman demam dah lama. Katika posting ini dibuat, dah 11 hari dia demam. Tapi tak berterusan, on dan off. Walau apapun, saya memang risau sebab temperature badan dia boleh naik dengan tiba-tiba. Ni ada sedikit panduan yang sangat berguna untuk para ibubapa sekalian. Saya jumpanya di sini. Terima kasih kepada orang yang menulis benda ni..

*********************************************************

Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut.

Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37.

Jika suhu naik sampai 39-40, anda perlu basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun.

Kemudian pergilah berjumpa Doktor dan minta ubat demam. Anda juga perlu standby ubat demam cecair bagi demam biasa, dan ubat demam berbentuk peluru untuk dimasukkan kedalam dubur anak jika suhu badannya terlalu tinggi(emergency), guna ubat ini untuk menurunkan suhu secara pantas.

Antara tanda anak yang demam kuat dan perlu diberi perhatian sungguh2,

1. Kakinya sejuk: Menunjukan demamnya tidak boleh dijangka, ada kemungkinan suhunya akan naik tiba2. Jika kakinya panas menunjukan demamnya stabil dan tidak membimbangkan. Jika kakinya sejuk anda perlu selimutkan dia supaya kakinya kembali panas.

2. Ketar2: Ini menunjukan demamnya kuat dan panas didalam, jauhkan dari kipas, dan bawa dia kebilik suhu normal atau suhu bilik yang agak panas. Dalam masa yg sama lap kepala dan badan anak dengan air jika kulitnya panas. Kalau ada ubat peluru, masukkan melalui duburnya segera.

Salah satu cara untuk menurunkan kepanasan suhu ialah dengan meletakkan tapak tangan kanan diatas dahi anak, sebaiknya berwudhulah dahulu..letakkan dengan waktu yang lama sehingga panas menyerap kedalam tangan kita, kemudian kita basuh tangan dnegan air, kemudian tetakkan kembali tapak tangan didahi anak, insyallah cepat sembuh. Tu ajalah tips yang saya tahu... itupun melaui pengalaman, bukan dari kajian saintifik.

Tuesday, February 22, 2011

La Tahzan



Apabila kita di uji dengan pelbagai dugaan dan cubaan yang kadang-kadang datang secara terus-menerus, pasti kita akan mempersoalkan, "KENAPA LA UJIAN INI DATANG TERUS MENERUS", takpun "KENAPA LA AKU DI UJI SEBEGINI", dan macam2 ayat lagi yang akan keluar dari benak fikiran kita.

Seharusnya bila kita didatangi dengan pelbagai ujian, kita harus menerimanya dengan positif serta mengkoreksi semula diri kita serta hubungan kita dengan Allah. Mungkin sebelum ini kita sering berdoa memohon sesuatu dari Allah, namun telah sekian lama kita meninggalkan doa yang penuh khusyuk dan penuh pengharapan itu. Ataupun sebelum ni kita sering mengiringi solat fardhu kita dengan solat-solat sunat, namun disebabkan kesibukan dengan urusan kerja dan sebagainya, kita dah lama tak buat solat-solat sunat. Ataupun sebelum ni kita sering merayu, memohon sarta mengiringi doa kita dengan linangan air mata serta nada penuh pengharapan agar doa kita dimakbulkan Allah, namun dah lama kita tinggalkan detik-detik itu. Hanya berdoa sambil lewa atau sebagai syarat je kata orang. Maka Allah turunkan ujian kepada kita sebab Allah rindu nak dengar rayuan, rintihan serta pengaduan kita. Allah nak kita kembali sentiasa mengingatiNya.

Yang penting, setiap kali di uji, take it from the positive side first. It will make you feel better.

Risiko kandungan overdue



Oleh DR. SURAYA ARSHAD A.M.Z.

SETIAP ibu terutama sekali yang akan menghampiri tarikh jangkaan akan tertunggu-tunggu hari yang bersejarah, iaitu hari yang menunjukkan tanda-tanda untuk melahirkan cahaya mata yang selama ini telah dikandung dan dijaga.

Perasaan cemas bercampur gembira bukan hanya dirasai oleh kaum ibu tetapi juga oleh kaum bapa.

Bagi ibu-ibu yang buat kali pertama mengandung, perasaan cemas itu adalah lebih lagi dirasai kerana ia merupakan pengalaman kali pertama.

Walau apa pun, kelahiran merupakan satu proses dan pengalaman yang harus dilalui dan diharungi dengan segala perit dan kegembiraan oleh semua ibu.

Walaupun hampir 80 peratus ibu-ibu tersebut akan melahirkan kandungan beliau lebih awal dari tarikh jangkaan, empat hingga 14 peratus akan mempunyai masalah lebih hari iaitu tidak melahirkan walaupun telah mencapai tarikh jangkaan.

Apa yang dimaksudkan hamil lebih hari?

Biasanya apabila seseorang ibu membuat pemeriksaan di klinik, dia akan di beritahu tarikh jangkaan kelahiran oleh doktor berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir beliau.

Tarikh yang diberi adalah tarikh 40 minggu usia kandungan.

Jika ibu tersebut tidak dapat memberi tarikh terakhir haid dengan pasti tarikh jangkaan adalah diberi berdasarkan pemeriksaan ultrasound.

Biasanya kepastian tentang tarikh jangkaan akan dibuat pada awal mengandung kerana pemeriksaan ultrasound pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat pada usia kandungan yang telah besar.

Persoalan yang sering ditanya apakah kandungan lebih hari itu satu masalah? Adakah ia berbahaya kepada anak yang dikandung?

Kandungan lebih hari sebenarnya bukanlah satu entiti yang baru. Risikonya telah di kenal pasati sejak tahun 1920 lagi.

Walau bagaimanapun entiti tersebut telah mendapat perhatian dari segi clinical significent sejak tahun 1960.

Kandungan lebih hari ini sering dikaitkan dengan placental insufficiency yang perlu mendapat tindakan sewajarnya.

Ini kerana keadaan ini boleh mengakibatkan kesan kematian perinatal yang tinggi.

Bayi yang terlebih matang (post mature) akan kelihatan kehilangan tisu lemak pada kulit, Kulit yang kelihatan merekah dan terdapat kesan meconium terlekat pada kulit tisu.

Masalah-masalah dan komplikasi-komplikasi yang berkaitan dengan kandungan lebih hari termasuklah:

* Asphyxia.

Keadaan ini adalah keadaan di mana bayi dalam keadaan lemas (mungkin akibat dari kekurangan oksigen). Keadaan ini boleh menyebabkan kematian bayi atau boleh menimbulkan banyak komplikasi-komplikasi lain pada bayi di masa akan datang.

* Kecacatan kongenital.

Ini merupakan salah satu penyebab kandungan lebih hari. Sebagai contoh aenencephaly iaitu bayi tidak mempunyai tempurung kepala.

* Neonatal seizures.

Sawan pada bayi yang baru lahir boleh berlaku dua hingga lima kali lebih kerap pada bayi yang lahir selepas 41 minggu. Keadaan sawan yang berterusan ini boleh menjejaskan fungsi otak bayi di masa akan datang.

* Intrauteine cot death.

Keadaan di mana denyutan jantung bayi yang berhenti secara tiba-tiba tanpa sebab yang dapat dikesan dan mengakibatkan kematian.

* Meconium Aspiration Sydrome/Respiratory Distress.

Keadaan di mana sistem pernafasan bayi yang lemah, terganggu dan terjejas akibat tertelan najis sewaktu dalam kandungan atau sewaktu kelahiran. Ini adakalanya boleh mengakibatkan bayi yang baru dilahirkan itu bergantung pada mesin pernafasan (ventilator).

* Kematian

Masalah-masalah dan komplikasi-komplikasi tersebut patut di elakkan sebaik mungkin.

Setelah mengetahui risiko yang berkemungkinan terjadi pada bakal cahaya mata, apakah ibu-ibu masih mahu mengambil risiko tersebut setelah sekian lama di kandung?

Oleh yang demikian kebanyakan doktor akan melakukan proses induksi (Induction of labour) apabila seseorang ibu telah menjangkau tarikh jangkaan.

Atas pemeriksaan dan penilaian yang dibuat oleh doktor, biasanya perbincangan akan dibuat secara terperinci dengan pasangan tentang induksi tersebut.

Ini termasuklah kaedah proses dan komplikasi-komplikasi yang mungkin timbul.

Saturday, February 12, 2011

Tip meneran waktu bersalin



Dalam debar nak tunggu saat bersalin, akupun search la pasal teknik yang betul untuk meneran. Sebabnya, aku rasa masa nak keluarkan si Aiman dulu, punya la penat. Sebabnya, teknik tak betul. Sampai kering tekak aku. Tenagapun takde sebab a few hours before bersalin tu, aku muntah. Gara2 ayam KFC yang dimakan masa lunch... huhuhu... serik..

Aku jumpa benda ni kat sini. Aku paste dan komen tang mana silap aku masa bersalinkan Aiman. Moga2 kali ni kesilapan tidak di ulang lagi...

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Meneran? Pasti yang terbayang di benak Ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasai cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran

* Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Komen: Tang ni berjaya.

Posisi Meneran Yang Tepat

* Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.Kedua tangan memeluk paha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada sebelah kiri ataupun kanan.

Komen: Aku letak tangan kat keting. Ni pun salah satu teknik lain yang misi ajar aku.

Cara Meneran

* Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta anda untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya anda dapat melihat perut anda.

Bagaimanapun ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran dengan meneran ‘di leher’ dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Komen: Aku la tu yang meneran kat leher. I mean masa nak teran tu suara terkeluar walaupun tutup mulut. Salah teknik tu. Sebab tu teranan tak kuat n aku dahaga giler lepas berjaya keluarkan Aiman setelah banyak kali teran. Mujur dapat air milo suam lepas tu... huh...

Diharap dengan sedikit tip ini para ibu hamil dapat mempraktikkannya dirumah agar ketika bersalin nanti ibu hamil sudahpun bersedia sepenuhnya….selamat bersalin.

Menanti si adik...


Dah lama benar (setahun ada agaknya) tak publish apa-apa kat blog. Almaklumler... bukannya pandai sangat nak mengarang, mengatur dan menyususn ayat supaya sedap di baca... Bukan orang seni barangkali.

Sebenarnya aku sedang dalam debar menanti bila la nak tiba masanya untuk melahirkan si adik ni. Hari ni kandungan dah masuk 38 minggu. Tak sabar rasanya nak tengok muka baby. Tapi, ada jugak gerun bila memikirkan nak menghadapi 'nikmatnya' contraction tuh.. huhuhu.... Moga2 Allah permudahkan proses kelahiran kali ini dan semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Ameen..

Aimanpun selalu jugak cakp ngan adik, ajak main kereta sama2, main bola dan memacam lagi la.. Kadang2 dia bagi kereta kecik sambil cakap "kereta baby", then letak kat perut aku. Pastu dia cakap "Nah adik, main". hehehe... anak2.. masih belum mengerti. Tapi dia tahu yang dia akan dapat adik. Diapun selalu bahasakan diri dia Abang Aiman. Kamipun memang dah panggil abang aiman dah lama dah. Tujuannya, nak menimbulkan rasa tanggungjawab dalam diri dia (ni baca kat dalam satu buku).

Disebabkan macam dah lupa dengan persiapan2 dan persediaan2 nak menyambut baby, kena la search semula. Ingat2 lupa sebenarnya. Dah hampir 3 tahun, mana nak ingat. Rasa macam baru nak dapat anak 1stpun ada jugak. Cuma tak la se'excited' masa menanti kelahiran Aiman dulu. Apa2pun, kali ni memang rasa lain. Sebabnya, masa bersalinkan Aiman dulu, aku kena induce. So, just tunggu la datangnya contraction setelah ubat dimasukkan. But this time, debar menanti bila la nak ada tanda /show yang menunjukkan saat bersalin hampir tiba. Macammana la rasanya sakit bersalin normal. I mean tanpa perlu dimasukkan ubat (induce) untuk paksa wujudnya contraction tu. Baca pengalaman2 orang lain, katanya kalau induce tu sakitnya double dari sakit contraction normal. Entahla.. rezeki masing2 mungkin.. Apa yang penting, banyakkan berdoa pada Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Kamilah si pengembara itu ; AIzam+luqMAN=AIMAN Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino