Monday, September 7, 2009
Ramadhan kali ini
Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesempatan untuk ku temui lagi Ramadhan. Bulan yang penuh dengan barkah, limpahan rahmat, limpahan keampunan dan segalanya dalam Ramadhan.
Namun, Ramadhan kali ini agak hambar buat diriku sendiri dan mungkin juga buat hubby. Kerna... aku tak mampu nak menjadikan ia sebagai bulan ibadah. Dah dapat berpuasa pun aku cukup bersyukur. Bukan menyalahi takdir, tapi menyalahi diri sendiri yang 'lembek' menghadapi situasi. Kadang2 si suami memujuk juga dengan mengatakan apa yang aku lalui ini juga satu ibadah. Ya, memang ia satu ibadah. Tapi untuk 'redha' itu sangat sukar walaupun setiap masa aku sentiasa memperbaiki hati untuk terima dengan redha. Dengan badan yang lemah lesu longlai dan selera makan yang sangat teruk, aku rasa aku lalui Ramadhan ini dengan sangat susah. Terasa sangat rugi kerana tidak mampu untuk berpesta ibadah seperti mana Ramadhan masa bujang2 dulu. Fuh... rasa sungguh rindu saat itu.
Walau apapun, aku rasa ia 'bonus' buat hubby sebab dia banyak memudahkan urusan harianku kat umah. Semuanya diulang... semuanya dia yang buat. Tak boleh nak mintak tolong sesiapa kerana family kami jauh. Hanya kami sahaja di sini. So, susah senang ditanggung bersama.
Memandangkan hari ni dah 17 Ramadhan, aku berdoa dengan sepenuh harap moga2 aku mampu mengurangkan kepenatan hubby di siang hari agar dia mampu menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhannya sebaik mungkin. Ameen..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment