Actually, the 1st bleeding was a week before Hari Raya. Masa tu hubby ajak pergi angsana. Pergi cari baju raya la konon-kononnya walaupun aku dah cakap yang nak pakai baju yang ada je. Sebenarnya hubby bosan dah 3 minggu dia duduk umah masa weekend sebab geng yang selalu ajak berjalan (aku lerr) tengah mabuk. So, since that day aku macam ok sket, akupun turutilah kemahuannya. Penat memang terasa walaupun takde la lama mana berjalan (benda dah memang takde tenaga). Dalam pukul 3 macam tu, kami keluar dari angsana. Masa dalam perjalanan keluar tu, tetiba terasa macam basah dan dan sedikit panas di situ. Rasa macam period pulak.Tapi aku buat dunno jek. Masuk dalam kereta, kepala asyik dok pk pasal peristiwa tadi. Lastly, bila di check, e... darah. Dah tembus pun. Mujurla seat persona dibaluti alas kulit. Akupun cakap ler kat hubby. Sampai je umah, terus masuk toilet. Hati memang dah tak sedap rasanya. Tapi bila tengokkan reaksi hubby yang macam endah tak endah tu, akupun buat slumber je la. Sambil kata kat diri sendiri, takde pape kot. Bila petang menjelma, darah keluar banyak sket dari sebelumnya. Terus aku ajak hubby p klinik. Sampaiklinik, doc suh g hospital.
Sampai hospital jam 6.15 petang lebih kurang. Memula nak suh hubby balik jengan Aiman dan tinggalkan aku je kat hospital. Then bila sampai and tengok orang tak ramai, hubby kata nak tunggu. tunggu punya tunggu, kul 9.30malam jugak baru siap semuanya. Dipendekkan cerita, doc kata aku alami 'threatened abortion'. Degup jantung baby tidak dapat dikesan. Dapat ubat kuatkan rahim dan disuruh berehat. Tapi macam mana la nak rehat sangat dengan Aiman yang sedang sangat aktif (bukan menyalahkan anak, nak cerita keadaan sebeno je). Pempaham je la..
Bila dah 4 hari still bleeding, hari Rabu (16hb sept) aku p hospital lagi. pergi pagi dalam kul 9++, balik dalam kul 3 rasanya. Kali ni doc kata chances 50-50. Tapi aku dengo n paham la doc tu cakap sesama dia yang dia kata rasanya akan end up dengan misscarriage. Tapi aku diam je la, buat2 tak dengar n tak paham. Masa ni, docstill tak dapat kesan degup jantung baby. Lagipun esoknya dah nak bertolak balik kg. Tapi masa ni hati aku kata 'my baby was gone'.
Khamis (17/9/09)
Bleeding still ada. Ubat yang diberi aku still makan. Petang tu lepas hubby balik kerja, terus kami bertolak balik Tampin. Umah Wan. Best sangat dapat makan Daging Salai Masak Lemak Cili Api yang Wan masak. Malamnya aku rasa lenguh sangat pinggang.
Jumaat (18/9/09)
Masa bangun untuk sahur, aku p toilet dan dapati keluar sikit ketulan. Tak sure la ianya serpihan daging atau darah beku. Tapi kecik sangat. Masa tu aku dah rasa yang memang takde harapan dah. Aku citer kat hubby, hubby just cakap kalau ada rezeki, insyaAllah ada. Pagi tu kitorang bertolak balik Jengka. Sampai Jengka, macam biasalah, tolong-tolong mana yang perlu. Aku rasa takde lah renyah pun. Barang2 berat memang aku tak angkat. Stakat kupas bawang, potong itu, potong ini, goreng dan apa2lah yang patut.
Sabtu (19/9/09)
Bleeding still seperti sebelumnya. Seharian buat persiapan untuk raya. Buat benda2 biasa je.
Malam tu bungkus ketupat palas. Masa ni memang rasa sangat sakit pinggang. Lenguh duduk lama agaknya.
Ahad (20/9/09)
Bangun waktu Subuh seperti biasa. Kejutkan ahli keluarga. masa masuk toilet, didapati bleeding hari ni banyak sket dari biasa. Sakit pinggang masih terasa dan ada rasa macam nak berak walaupun sebenarnya bukan nak berak (kalau nak bersalin akan ada rasa cam ni). Then,minta hubby sapu minyak panas and urut sikit bahagian belakang. Then, dalam kul 7 pagi, bila bangun dari baring (nak p makan sebenarnya), tetiba rasa 'plup'. sesuatu yang besar keluar. Terus berlari masuk bilik air (Mujurlah masuk bilik air yang ada tandas duduk). Bila aku check, ada macam segumpal darah beku yang macam dah hancur2 sket gitu kat pad. Masa ni darah dah meleleh-leleh keluar. Terus aku duduk atas jamban. Then darah keluar mencurah2 macam paip bocor. Kekadang keluar ketulan2 darah. Seingat aku, ada la dalam dua kali keluar ketulan besar. Tapi tak sempat nak sambut. Cuma memang rasa la bila yang besar tu keluar. Sampaikan rasa nak pitam. Bila macam dah kurang turun darahnya, aku bersihkan pape yang patut then keluar dari bilik air since aku pikir yang kaum adam dalam umah tu nak mandi p solat sunat hari raya. Keluar je, terus baring kat katil sebab still rasa pening2. Dah selesai sumer kaum adam mandi, aku pun nak masuk bilik air tuk mandi. Then, buat kali keduanya aku rasa macam ada lagi yang nak keluar. "Plup". Aku nampak ala2 macam uri gitu. akupun seluk dalam jamban n keluarkan ia. Darah keluar macam paip bocor lagi. Aku biarkan benda yang aku amik tadi kat atas lantai bilik air. Biar hubby yang uruskan.
Macam tu ler ceritanya pengalaman aku menghadapi keguguran. Alhamdulillah, aku n hubby OK je. Bagi kami, menghadapi sebulan ramadhan dalam keadaan aku mabuk merupakan tarbiyah buat kami. Walaupun kami rasakan Ramadhan kali ini begitu berat untuk kami benar2 hayatinya, kami redha. Itulah tarbiyyah kami. Moga kami lebih bersedia di lain masa (dah 2 kali kena mabuk sebulan ramadhan).
Allah SWT berfirman mafhumnya:”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”
(Al-Baqarah:286)
* gambar akan dimasukkan kemudian
4 comments:
Cakap pasal pengalaman keguguran ni..saya alami masa masuk 2 bulan lebih..pergi hospital pun doktor kata tunggu dan tak perlu cuci dulu..akhirnya saya keguguran di office sudahnya..2 minggu selepas masuk wad 3 hari..memang nak pitam sebab darah banyak keluar..
Saya alhamdulillah tak kena cuci. Sebab seminggu lepas gugur baru pergi hospital. Alhamdulillah bila scan doc kata rahim dah clear.
mengerikan... =(
sedihnya baca citer ni...
Post a Comment